Fuh! Pahlawan Melayu Ala The Hunger Games, Sanggup Bak4r Baju Sendiri Untuk Beraksi – “Satu Kereta Bau Minyak Masak”

SEKALI imbas macam poster filem trilogi genre sains fiksyen dari Hollywood, The Hunger Games lakonan Jennifer Lawrence, Josh Hutcherson dan Liam Hemsworth.

Malah ramai yang melihatnya setaraf siri anime Avatar: The Last Airbender mengenai seorang pemuda yang pakar mengendalikan ap1 melalui teknik seni mempert4hankan diri.

Another level ni,” antara komen net1zen menerusi foto-foto yang dikongsikan di akaun Twitter @HaziqSaparudin.

Namun, lebih mengagumkan ia sebenarnya adalah teknik fotografi aksi silat seorang jejaka menggunakan nyalaan ap1 yang kelihatan seperti pahlawan Melayu.

Fotografi menggunakan teknik light painting. Foto instagram HaziqSaparudin

Jurugambar berkenaan, Haziq Saparudin berkata, penggambaran fotografi itu dilakukan di sebuah kawasan lapang berdekatan dengan sungai dan paya bakau di Johor Bahru, Johor.

Pemuda berusia 27 tahun itu memberitahu, konsep yang dilakukan adalah fotografi light painting yang merupakan teknik pengimejan yang menggunakan sumber cahaya bergerak.

Netizen memuji fotografi setaraf poster filem The Hunger Games.

“Sebenarnya kami nak buat konsep Melayu sempena kemerdekaan. Bila sampai sana, kami menggunakan konsep api seperti pahlawan Melayu dengan mempamerkan aksi silat.

“Model yang digunakan tu sebenarnya adalah juruvideo yang merupakan rakan setugas saya, tapi dia memang berpengalaman dalam seni silat,” katanya kepada mStar.

Aksi seperti seorang pahlawan Melayu. Foto instagram HaziqSaparudin

Haziq yang berpengalaman dalam bidang fotografi sejak dua tahun lalu berkata, mereka mengambil masa lebih tiga jam dari pukul 6.45 petang hingga 10 malam bagi mendapatkan kes4n khas seperti yang dikehendaki.

“Memang menc4bar juga sebab fotografi ini melib4tkan ap1. Ada masa nyal4an tak cukup besar, bila dah OK sekejap pula bernyala dan terus padam.

“Jadi kena buat berulang kali. Tapi bila api terpadam tu memang tersangat gelap. Mujur ada cahaya bulan, tapi memang tak nampak muka kawan-kawan, hanya nampak pergerakan mereka saja,” katanya sambil menambah penggambaran melib4tkan dirinya bersama tiga rakan termasuk model.

Di sebalik penggambaran foto. Foto instagram HaziqSaparudin

Pemuda berasal dari Ipoh, Perak itu menjelaskan bahawa kos penggambaran adalah ‘sangat bajet’ hanya menggunakan kain, petrol dan minyak masak.

“Tapi disebabkan semuanya dibuat secara spontan, kami tak cukup kain untuk melakukan rakaman foto berulang kali. Model kemudian guna baju sendiri untuk terus nyal4kan ap1.

Mencabar juga sebab fotografi ini melib4tkan ap1. Ada masa nyal4an tak cukup besar, bila dah OK sekejap pula bernyala dan terus padam.

HAZIQ SAPARUDIN

“Untuk nampak kes4n yang lebih men0njol, kami menyapu minyak masak pada badan model. Dah la tak ada baju ekstra, badan pula berlvmur dengan minyak masak. Balik satu kereta tu memang dia tak berbaju dan bau minyak masaklah sepanjang perjalanan,” ujar Haziq secara bersel0roh.

Bekas jurutera di sebuah syarikat penerbangan itu bagaimanapun tidak meny4ngka rakaman fotonya itu disamakan dengan filem sains fiksyen dan siri animasi dari luar negara.

Haziq (kanan) berkongsi kisah di sebalik model ‘pahlawan Melayu’. Foto instagram HaziqSaparudin

“Bagi saya agak kelakar sebab tak terfikir pun. Tapi satu penghargaan juga bagi saya yang masih baru dalam bidang fotografi.

“Dah cuba konsep api, selepas ini saya bercadang untuk mencuba pelbagai teknik fotografi menggunakan eleman lain pula seperti angin, air dan tanah,” kata Haziq.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Fuh! Pahlawan Melayu Ala The Hunger Games, Sanggup Bak4r Baju Sendiri Untuk Beraksi – “Satu Kereta Bau Minyak Masak”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*