MV Peluang Kedua Dah Sejuta ‘Views’ Gais…Nabila Razali Dedah Kenapa View Naik Begitu Cepat

“SAYA percaya MK jadi fakt0r tontonan berulang kali,” kata penyanyi, Nabila Razali yang turut rasa syukur apabila video muzik rasmi Peluang Kedua berjaya mencec4h 1 juta tontonan di YouTube dalam tempoh 24 jam dilancarkan.

Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 27, berkata, ia satu pencapaian yang sangat bermakna sebagai penyanyi

“Alhamdulillah, saya terharu kerana video muzik Peluang Kedua yang dimuat naik pada Selasa lalu mencapai 1 juta t0ntonan dalam tempoh singkat.

“Ia mengulangi kejayaan Pematah Hati pada 2017. Mungkin ia biasa bagi orang lain tapi ia satu kejayaan besar buat saya.
“Sebenarnya saya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi kerana sebelum ini lirik video yang dimuat naik pada April lalu sudah pun mencec4h 12 juta tontonan,” katanya.

Lagu ciptaan komposer dan penyanyi terkenal Hael Husaini dan MFMF ini turut menampilkan penyanyi rap MK K-Clique sebagai her0 dan juga rakan duet untuk lagu baharu itu.

Menurut Nabila, dia tidak men0lak sambutan h4ngat lagu berkenaan juga disebabkan MK K-Clique yang sememangnya menjadi keg1laan wanita.

“Sudah tentu kredit bukan pada saya seorang kerana saya percaya MK juga menjadi faktor untuk orang ramai tonton muzik video ini berulang kali.

“Dia juga memberikan kerjasama dalam mempromosikan lagu ini sejak dimuat naik,” katanya.

Dalam pada itu, Nabila turut berterima kasih kepada pasukan produksi Ghzmsn Studio dan pengarah Lily Samsuddin yang bertanggungjawab memberi kualiti video terbaik.

“Selain kami juga, orang kuat di belakang t4bir patut diberikan ucapan tahniah kerana kejayaan ini.

“Bayangkan banyak dug4an yang dilalui ketika proses penggambaran terutamanya bermain dengan cuaca yang ketika itu musim hujan dan sejuk di Cameron Highlands,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Harian metro

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "MV Peluang Kedua Dah Sejuta ‘Views’ Gais…Nabila Razali Dedah Kenapa View Naik Begitu Cepat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*