Rupanya Ini Sebabnya Kenapa Neelofa Letak Jawatan Sebagai Pengarah AirAsia Selepas 3 Tahun

AirAsia dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, syarikat itu menerima n0tis peletakan jawatan bertarikh 17 Ogos lalu, daripada Neelofa, pada Rabu.

Menurut syarikat itu, Neelofa menyatakan ‘komitmen peribadi lain’ sebagai alasan peletakan jawatan beliau.

Neelofa, 31, dilantik menganggotai lembaga pengarah AirAsia pada 8 Disember 2017.- Sumber: Bernama

KUALA LUMPUR: Sambutan Aidiladha selebriti popular, Neelofa, 31, tahun ini lebih bermakna apabila dapat menyempurnakan program perdana, Ibadah Qurb4n Kasih Neelofa di bawah Pertubuhan Kasih Neelofa yang dilancarkan Jun lalu.

Pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor itu berkata, dia juga terb4bit dalam proses peng4gihan daging korban menerusi pertubuhannya kepada insan memerlukan, selain pulang ke kampung halamannya di Kelantan bagi untuk menjalankan ibadah korb4n secara peribadi.

“Sambutan Aidiladha kali sangat bermakna. Tidak dinafikan, saya pernah melakukan ibadah korban sebelum ini, tetapi ia secara peribadi. Berbeza kali ini, saya dapat melakukan dalam skala yang besar.

“Selain itu, menerusi program pertama pertubuhan ini, saya dapat menyampaikan, berk0ngsi dan memberikan inspirasi pada orang ramai.

“Insya-Allah, pada hari raya haji kedua saya akan terb4bit dengan peng4gihan daging korban di Kota Bharu, manakala pada hari ketiga pula saya akan ke Besut, Terengganu,” katanya kepada BH Online.

Menerusi program Ibadah Qurban Kasih Neelofa, pertubuhannya menjalinkan kerjasama bersama RichWorks International Sdn Bhd. Dengan kerjasama itu, sejumlah 190 lembu akan diagihkan kepada golongan memerlukan seperti asnaf, fakir miskin dan ibu tunggal seluruh Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Neelofa kembali ke bidang pengacaraan menerusi program bual bicara, Next To Neelofa yang bersiaran menerusi Astro Ria (saluran 124).

Episod pertamanya sudah ke udara pada 23 Julai lalu menampilkan Datuk Hans Isaac selaku tetamu.

“Idea program ini diperoleh sejak lima tahun lalu. Kemudiannya, Astro mencetuskan idea ini ketika hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong lalu. Jika ikutkan program ini dibuat lebih awal lagi, tetapi saya minta stesen televisyen (TV) menundanya terlebih dahulu.

“Sehingga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ia masih tertunda lagi. Tetapi, selepas itu, Astro terus memberikan tarikh bagi memulakan penggambaran.

“Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Secara jujurnya, saya berdebar menanti maklum balas, tetapi saya bersyukur ia diterima baik selepas episod pertama,” katanya yang ditemui pada sesi sidang media, Next To Neelofa, baru-baru ini.

Program Next To Neelofa bakal menampilkan tetamu undangan ternama seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Rizalman Ibrahim, Puan Sri Tiara Jacquelina, Ella dan Chryseis Tan.

Sementara itu, Neelofa berkata, dia menerima banyak tawaran lakonan, selepas mengumumkan dirinya mahu ke Indonesia mengembangkan sayap lakonannya.

“Saya mendapat beberapa tawaran lakonan filem dan drama, tetapi saya terpaksa tolak buat masa ini kerana tak mahu mengambil r1siko ketika pandemik C0v1d-19,” katanya.

Bagaimanapun, mengulas perancangannya ke Indonesia, Neelofa berkata, ia terpaksa ditangguhkan berikutan pandemik C0v1d-19 masih belum berakhir.

“Rasa sedih juga apabila program baru nak bermula. Sepatutnya, menjayakan sebuah filem Islamik pada April lalu, kemudiannya sebuah program TV pada Mei.

“Disebabkan perancangan itu, saya sepatutnya menyewa rumah selama sebulan di Jakarta, manakala terbang Paris atas urusan kerja saya bersama agensi. Tetapi, tak mengapa, semua ini adalah aturan Allah.

“Saya berdoa agar seluruh dunia segera pulih daripada C0v1d-19 dan dapat kembali bekerja seperti sedia kala. Malah, saya juga berharap kita semua terhindar peny4kit berjangkit ini,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Kisah Benar

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Rupanya Ini Sebabnya Kenapa Neelofa Letak Jawatan Sebagai Pengarah AirAsia Selepas 3 Tahun"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*