Kec0h Bila Didkwa Ke Pejabat Ag@ma, Ini Jawapan Puteri Sarah Bila Ditanya Wartawan

DAKWAAN kononnya pelakon Puteri Sarah Liyana hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada Jumaat lalu menimbulkan spekulasi tentang hubungan rumah tangganya dengan pengarah filem Syamsul Yusof sedang berantakan.

Menerusi laporan Harian Metro, Puteri Sarah dilihat mengenakan jubah dan bertudung hitam memasuki bahagian undang-undang keluarga.

Puteri Sarah dikatakan hadir ke pejabat berkenaan ditemani seorang wanita dipercayai ibu mertuanya iaitu Datin Fatimah Ismail.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tujuan sebenar Puteri Sarah mengunjungi pejabat agama itu.

Salah satu perkongsian Puteri Sarah di Instastory.

Jawapan Puteri Sarah Bila Ditanya

Ditanya mengenai dakwaan tersebut, Puteri Sarah memilih untuk tidak mengulas lanjut.

“Maaf, tiada apa yang ingin saya kongsikan buat masa ini,” katanya.

Usaha mStar untuk mendapatkan penjelasan Syamsul tidak berjaya apabila panggilan tidak dijawab.

Tinjauan mendapati Puteri Sarah juga sudah berhenti mengikuti atau ’unfollow’ akaun Instagram suaminya, bagaimanapun Syamsul masih lagi mengikuti akaun wanita itu.

Puteri Sarah bersama suami, Syamsul Yusof dan dua anak mereka.

Foto terakhir dimuat naik pasangan itu ialah pada Hari Raya Aidilfitri sekitar Mei lalu.

Menerusi Instastory, Puteri Sarah turut berkongsi paparan skrin kata-kata semangat yang ditulis dalam bahasa Inggeris.

“Ahad… ini bukan tentang hubungan sempurna, ini tentang mencari seseorang yang sesuai dengan kamu dan akan melalui segalanya tanpa putus asa, ” kongsinya.

Pelakon drama Cinta Antara Kita ini berkahwin dengan Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, setahun.

Terdahulu Syamsul izin Puteri Sarah kembali berlakon

KUALA LUMPUR: Cinta pelakon, Puteri Sarah Liyana, 35, terhadap dunia lakonan tidak pernah pudar biarpun lebih enam tahun terpaksa mengetepikan minat demi memberi tumpuan terhadap keluarga.

Kali terakhir isteri kepada pengarah dan pelakon popular, Syamsul Yusof itu membintangi drama pada 2013.

Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 35, dia kembali ke lokasi penggambaran sejak tahun lalu, tetapi hanya menerusi naskhah tidak menuntut masa yang panjang.

“Saya kembali dengan mengendalikan program Glam terbitan RTM sebagai hos pada Oktober tahun lalu. Kemudiannya, saya berlakon telefilem dan akan datang, saya akan menjayakan sebuah lagi telefilem.

“Saya tak mampu meninggalkan dunia lakonan kerana minat. Saya sudah biasa dengan sibuk, saya boleh melompat-lompat ke beberapa lokasi penggambaran dalam masa sehari.

“Disebabkan tak mahu bosan, saya mula berniaga. Apabila berniaga, timbul pula rasa nak berlakon,” katanya kepada BH Online.

Sarah berkata, dia mendapat keizinan suami, tetapi ada syarat.

“Suami izinkan saya berlakon tetapi hanya telefilem. Saya tak boleh terima tawaran berlakon drama bersiri kerana ia mengambil masa yang panjang, sekurang-kurangnya tiga bulan.

“Sungguhpun begitu, saya akan bertanya pada suami terlebih dahulu sebelum menerima tawaran. Saya jaga batasan sebagai isteri orang,” katanya.

Bagaimanapun, Sarah menafikan suaminya punca dirinya menyepikan diri daripada dunia lakonan.

“Suami tidak pernah halang minat saya. Sebelum ini, saya ada anak kecil dan masih belum pandai mengendalikan masa.

“Bagaimanapun, saya semakin faham rentak apabila dikurniakan dua cahaya mata. Sekarang, Syamsul pun sudah boleh jaga anak apabila saya bekerja, jadi tiada masalah untuk saya kembali berlakon.

“Saya akui pernah mengeluarkan kenyataan saya perlu memperlahankan kerjaya lakonan apabila berkahwin, tetapi jiwa saya meronta-ronta mahu berlakon. Tetapi, berlakon bukanlah keutamaan, tidak mengapa tiada tawaran kerana keluarga menjadi keutamaan saya,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk kecantikannya, Shara, baru-baru ini.

Mengusahakan produk kecantikan sejak 2018, ia adalah salah satu cara untuk Sarah sibuk.

“Alhamdulillah, ia mendapat sambutan baik. Syamsul juga menyokong saya berniaga,” katanya. Syamsul turut hadir menyokong Sarah pada majlis pelancaran.

Mengulas kelihatan gugup ketika berucap, Sarah berkata inilah kali pertama berucap di hadapan suaminya.

“Ini kali pertama suami datang ke majlis pelancaran produk saya. Selalunya, saya duduk di tempatnya pada majlis tayangan filem, dia yang bercakap di hadapan, hari ini pula sebaliknya.

“Suami menegur, saya boleh berlakon tetapi kenapa tak boleh bercakap di hadapan tetamu. Betul juga, berlakon saya okay, bercakap gugup pula,” katanya.

Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014. Pasangan itu dikurniakan anak lelaki, Syaikul Islam, 3 dan Summayyah, 1.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber :Mstar, BH

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Kec0h Bila Didkwa Ke Pejabat Ag@ma, Ini Jawapan Puteri Sarah Bila Ditanya Wartawan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*