“Rileks Je Parents Dia Bagi Maln” VIDEO Baru 6 BULAN, Bayl Ini Pegang Rekod Dvnia Jadi Manusia Termuda Ma!n Water Ski

Seorang kanak-kanak memecah rekod dunia menjadi manusia paling muda bermain water ski — pada usia 6 bulan! Menurut laporan, Rich Humphreys dibawa untuk rasai pengalaman bermain aktiviti air itu di Lake Powell dekat Utah.

Nampak relax and steady!

Melalui Instagram Rich yang diuruskan oleh kedua ibu bapanya, Casey Humpherys dan Mindi Tagge Humpherys, gambar-gambar serta video Rich bermain water ski itu dimuat naik.

Difahamkan, ibu bapa Rich bagi dia rasa pengalaman water ski itu sempena usia dia dah 6 bulan. Dalam video tu boleh nampak Rich berada atas papan water ski sambil bapanya berada di bahagian tepi bot. Rich juga dilihat dilengkapi vest keselamatan serta kakinya diikat pada papan tersebut sambil tangannya memegang besi pemegang,

 

View this post on Instagram

 

I went water skiing for my 6 month birthday. Apparently that’s a big deal… #worldrecord

A post shared by Rich Casey Humpherys (@richcaseyhumpherys) on

Dah banyak buat aktiviti outdoor!

Pada usia 6 bulan, Rich dah rasa pengalaman bermacam jenis aktiviti outdoor antaranya adalah bermain kayak, memanjat gunung dan mengikut kedua ibu bapanya bercuti ala backpackers.

Mana tidaknya, boleh dilihat melalui posting Casey dan Mindi Tagge, kedua-dua mereka sendiri memang gemar melakukan aktiviti outdoor serta lasak. Jadi, tidak hairanlah kalau mereka nak perkenalkan aktiviti sebegitu pada Rich sejak dari kecil.

 

View this post on Instagram

 

My first backpacking trip. I crushed it!

A post shared by Rich Casey Humpherys (@richcaseyhumpherys) on

 

View this post on Instagram

 

Happy 4th of July! #starsandstripes @mcboatcompany

A post shared by Rich Casey Humpherys (@richcaseyhumpherys) on

Sebelum ini, rekod tersebut dipegang oleh Zyla St Onge yang bermain water ski dekat Lake Silver di Florida pada Mei 2016 ketika usianya 6 bulan 27 hari. Kini, rekod itu dipecah oleh Rich Humpherys yang menjadi manusia termuda bermain water ski pada usia 6 bulan dan empat hari. Beza 23 hari!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber :Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Rileks Je Parents Dia Bagi Maln” VIDEO Baru 6 BULAN, Bayl Ini Pegang Rekod Dvnia Jadi Manusia Termuda Ma!n Water Ski"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*