‘Alhamdulillah, Dah Lebih Sebulan Dia Kerja Dengan Saya’

Kuala Lumpur: Pengarah, penerbit dan pelakon, Erma Fatima setakat ini berpuas hati dengan mutu kerja diberikan pemuda dikenali Ahmad Muzammil Mohd Haflan, 33, yang kini lebih sebulan berkhidmat di syarikatnya.

Terdahulu, pada Jun lalu, Erma ada memuat naik di Instagram mengenai kisah piIu dilalui Ahmad Muzammil yang ceder4 ak1bat kemaIangan motosikal ketika dalam perjalanan untuk menghadiri temuduga kerja dengannya.

Erma ditemui baru- baru ini berkata dia sudah pun mengotakan janji kepada pemuda itu untuk menawarkan kerja bersesuaian di syarikatnya mengikut kelayakan dimiliki.

“Alhamdulillah, dah lebih sebulan pun dia (Ahmad Muzammil) bekerja dengan saya. Syukur, niatnya memang murni dan dia betul-betul perlukan kerja dimohon.

“Saya gembira dan puas hati dengan hasil kerjanya di bahagian video. Cuma, saya takkan lupa keadaan dia ketika datang untuk menghadiri sesi temuduga berkenaan.

“Saya amat terkejut sewaktu melihat dia datang dengan keadaan berlumuran darah, begitu juga resume diberikan kepada saya. Puas saya pujuk dia, suruh ke klinik dapatkan rawatan dahulu.

“Katanya, dia perlukan sangat kerja dan akan ke klinik selepas selesai sesi temuduga. Alhamdulillah, dia memang saya lihat bekerja dengan bersungguh-sungguh,” ujarnya.

Berbicara karier pengarahannya, Erma berkata dia teruja dapat menyertai projek filem Jvang terbitan tiga produksi iaitu Suhan Movies & Trading, Tropical Films dan The Film Engine.

Katanya, filem Jvang diyakini sangat menarik hasilnya nanti kerana jalan cerita yang sangat dekat dengan rakyat Malaysia ketika berhadapan penuIaran w4bak Covid-19.

Ditambah, katanya filem itu juga memaparkan kisah perjvangan barisan hadapan seperti pertugas kesihatan, p0lis, tenter4, penghantar makanan dan kakitangan syarikat penerbangan sepanjang penuIaran pandem1k ini.

Bakal meneIan belanja pembikinan RM6 juta, filem Jvang menampilkan kerjasama tiga pelakon utama dipilih iaitu Zul Ariffin, Zizan Razak dan Jack Lim.

Manakala selain Erma, tanggungjawab pengarahan akan digalas sutradara berkaliber lain seperti Aziz M Osman, Matt Lai, Kabir Bhatia, Osman Ali dan Yusry Abdul Halim dengan membabitkan 100 pelakon dan 200 tenaga kerja produksi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber :HM

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "‘Alhamdulillah, Dah Lebih Sebulan Dia Kerja Dengan Saya’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*