Kahwin Usia 19 Tahun, Wanlta Ini Akvi Pernah Menangls Kerana Tak Dapat Enj0y Waktu Muda

Bukan mudah nak harungi ujian dalam rumah tangga ni, walaupun rasa dah cukup bersedia kadang kala ada juga yang kalah dengan ujian, inikan pula kalau kahwin pada usia yang muda. Tentunya darah muda masih lagi bergelora dalam jiwa.

Itu yang dilalui oleh wanita ini, menurut Sha Hasan menamatkan zaman bujangnya pada usia yang muda mengajarnya lebih erti akan kehidupan rumah tangga.

Isteri kena terima suami seadanya…

Merupakan Instafamous dan juga usahawan, Sha berkongsi sedikit kisah hidupnya yang memilih untuk berkahwin pada usia 19 tahun. Mengulas mengenai perkahwinannya dengan Ricky Newtron, dia percaya bahawa seorang isteri itu perlu menerima suami seadanya. Malah dia dan suami juga sama-sama berusaha mengejar impian yang diangankan dan dia tidah hanya mengharapkan suaminya saja tetapi lebih ingin berusaha bersama-sama.

Pernah menangis tak enjoy macam orang lain

Tulisnya, berkahwin pada usia muda ini ada cabarannya tersendiri. Seperti dirinya, dia pernah menangis kerana tidak melalui zaman bujang seperti rakan-rakan sebayanya yang lain. Namun begitu, berkat kesabaran selama ini, kini dia bergelar usahawan kosmetik yang berjaya seperti diidamkan walaupun umurnya belum cecah 30 tahun.

Jangan cari yang sempurna, nanti akan kecewa

Dikesempatan itu juga, dia menyarankan buat mereka yang sedang mencari jodoh, jangan terlalu mencari yang sempurna. Adalah lebih baik kalau saling membantu dalam mencapai apa yang diinginkan.

                                                                                                                Memilih kahwin muda itu satu keputusan yang besar, tapi percayalah tentu ada hikmah disebalik semua itu. Bila jodoh sampai, rezeki yang lebih luas pun menghampiri tanpa sedar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber :Shahassan

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Kahwin Usia 19 Tahun, Wanlta Ini Akvi Pernah Menangls Kerana Tak Dapat Enj0y Waktu Muda"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*