Tak Pernah Mandi Tapi Dipanggil Kaum Wanlta Tercantik Di Afrika, Ini Rahsia Yang Diamalkan

Suku Himba atau dikenali sebagai ‘suku merah’, merupakan suku yang berasal dari utara Namibia dan wanita Suku Himba diakui sebagai yang paling cantik di seluruh Afrika. Sebagai penduduk minoriti, suku ini mempunyai penduduk sekitar 50 ribu sahaja di Afrika.

Suku Kaum Yang Tidak Pernah Mandi

via Pinterest

Menurut Intisari Online, suku Himba terkenal dengan penduduknya yang tidak perah mandi. Geografi dan persekitaran tempat tinggal mereka yang merupakan tempat paling ekstrem di bumi dengan iklim padang pasir menjadikan wilayah ini mengalami kekurangan air.

‘Mandi’ Menggunakan Otjize

via Pinterest

Otjize adalah sapuan berwarna merah diperbuat daripada tanah merah dan dicampurkan bersama lemak dan mentega untuk menjadikan campuran itu likat dan boleh mengeras. Mereka memilih merah kerana kepercayaan bahawa merah adalah simbol bumi dan darah. Oleh kerana mereka tidak mandi, mereka menggosok badan mereka dengan Otjize sebagai ganti.

Otjize Berfungsi Sebagai Pelindung Kulit Dan Rambut

via Stepehkrins

Otjize akan disapukan diseluruh kilit kerana sapuan ini dapat melembabkan kulit sekaligus melindungi kulit mereka dari sinar matahari dan serangga. Bukan itu saja, menurut Intisari Online, suku Himba ini akan menggunakan sapuan ini di sekitar rambut yang dibentuk mengikut status perkhawinan mereka.

Disebabkan tidak mandi, wanita suku Himba percaya bahawa dengan menggunakan otjize ini tubuh mereka bersih tanpa perlu mandi menggunakan air. Jadi untuk anda yang malas mandi, mungkin boleh amalkan cara ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber :https://murai.my/

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Tak Pernah Mandi Tapi Dipanggil Kaum Wanlta Tercantik Di Afrika, Ini Rahsia Yang Diamalkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*