Sam Dikuarantin Selepas Balik Dari Sabah, Terp@ksa Tangguh Majlis Pelancaran Produk

Pelakon Shaheizy Sam memulakan proses kuarantin selepas pulang dari Sabah pada Isnin.

Jelas Sam, ekoran dikuarantin, dia terpaksa menangguhkan majlis pelancaran produk yang sepatutnya berlangsung pada hari ini.

“Seperti yang semua tahu, saya baru pulang dari Kota Kinabalu dan mulai hari ini saya telah mula dikuarantin.

“Saya memohon maaf kepada semua yang menerima jemputan kerana terpaksa menangguhkan terlebih dahulu majlis yang sepatutnya berlangsung pada hari Isnin hingga diberitahu kelak,” katanya menerusi rakaman sepotong video di Instagram.


Selain Sam, isterinya Syatilla Melvin turut memohon maaf atas penangguhan majlis pelancaran produknya itu.

“Sepatutnya hari ini merupakan majlis pelancaran produk kami namun Sam terpaksa dikuarantin dan kita semua perlu ikut SOP yang telah ditetapkan.

“Jadi, kita tukar dan bawa kepada sesi siaran langsung Instagram pada malam ini,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla) on


Majlis pelancaran produk Pengaseh milik pasangan Sam dan Syatilla sepatutnya berlangsung pada petang Isnin di Damansara.

Sam berada di Kota Kinabalu sejak 5 hari lalu bagi memberikan sokongan kepada abang iparnya, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang pulang berkempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber :Gempak

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Sam Dikuarantin Selepas Balik Dari Sabah, Terp@ksa Tangguh Majlis Pelancaran Produk"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*