“Daddy, Daddy, Ayden Nak Masvk Singapore” Lvluh H@ti Teng0k Ayden Menangls Rindu Aliff Aziz

Anak kepada pasangan selebriti, Bella Astillah dan Alif Aziz, Ayden Adrean sangat merindui bapanya yang kini berada di Singapura.

Bella menerusi akaun Instagramnya berkongsi video pendek merakamkan wajah anaknya yang sedang menangis sambil menyebut ‘daddy’.

Paling menyedihkan apabila Ayden yang teresak-esak tidak mahu masuk ke dalam rumah sebaliknya menyatakan hasrat ingin ke Singapura untuk bertemu Aliff.

Daddy, daddy… Ayden tak nak masuk dalam rumah… Ayden nak masuk Singapore…” tangisnya.


Sementara itu, Bella menerusi coretannya menyatakan ini bukan kali pertama Ayden berkelakuan sebegitu.

“Sebenarnya bukan sekali ini je. Kadang cari mana dia rupanya tengah duduk menangis (kadangkala depan tandas) ingatkan jatuh rupanya cari daddynya,” tulisnya.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya meluahkan rasa sedih melihat Ayden dan berharap Bella dapat terus bertabah.

“Kesianlah akak Bella dia tengah cari ayah dia… Terasa pulak hati saya,” komen @_.theredr0se

“Allah kesiannya. Semoga Ayden tabah ya nak nanti daddy pasti akan pulang juga ya,” pujuk @ain_farizal_9112

Terdahulu, Bella memaklumkan tidak bertemu dengan suami semenjak Mac lalu dan bersalin anak kedua tanpa kehadiran Aliff kerana larangan rentas sempadan negara.

Bella berterusan diuji apabila Aliff dipenjara dua minggu selepas didapati bersalah mencuri dan berkelakuan tidak senonoh.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber :Gempak

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Daddy, Daddy, Ayden Nak Masvk Singapore” Lvluh H@ti Teng0k Ayden Menangls Rindu Aliff Aziz"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*