“Alhamdulillah, Saya Pun Tak Sangka…” Siti Nurhaliza,

Kuala Lumpur: Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berada di kedudukan teratas sebagai World’s Most Admired kategori Malaysia yang dikeluarkan portal YouGov.

Portal itu mengumpulkan pencalonan terbuka World’s Most Admired dari panelis di 42 negara dan wilayah seluruh dunia bermula Januari sehingga Mac lalu.

Berdasarkan carta yang disertakan, penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu itu meraih 18.83 peratusan kekaguman bagi setiap orang di 42 negara dan wilayah di seluruh dunia untuk kategori wanita.

Siti berkata, dia bersyukur dengan keputusan itu selain menyifatkan ia adalah penghargaan orang ramai terhadap dirinya.

“Alhamdulillah, saya tak menjangka dan tak terfikir pun benda macam ini. Tapi, apabila ada keputusan menggembirakan, saya bersyukur. Saya rasa ini satu penghargaan orang pada saya.

 

“Ini semua hasil undian mereka kan. Insya Allah, saya akan terus memberikan contoh dan hasil kerja terbaik, supaya apa saya tonjolkan memberi manfaat kepada orang lain. Itu yang saya nak mereka nampak dan hargai. Terima kasih pada semua yang sudah menghargai saya sepanjang saya bergelar anak seni,” katanya kepada Harian Metro.

Selain itu, Nur Amalina Che Bakri berada di tempat kedua dengan 10.03 peratus dan diikuti Nicol David yang memperoleh 6.76 peratus.

Bagi kategori lelaki pula, Sheikh Muszaphar paling teratas merangkul 10.64 peratus, diikuti Datuk Lee Chong Wei, 8.88 peratus serta bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memperoleh 8.80 peratus.

“I’m humbled, I’m honourd. Thank you so much. Love always,” tulis Sheikh Muszaphar.

 

View this post on Instagram

 

Happiness bloom from within @fjbenjamin.my @marcjacobs #THEMARCJACOBS

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber :HM

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Alhamdulillah, Saya Pun Tak Sangka…” Siti Nurhaliza,"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*