“Walau Uzvr Beliau Masih…”Seb4k, Ebit Lew Ziarah M Daud Kilau

Pendakwah bebas Ebit Lew mengakui seb4k ketika melihat keadaaan penyanyi veteran Datuk M Daud Kilau saat meluangkan masa menziarahi beliau di rumahnya, di Bagan Datoh, Perak semalam.

Menurut Ebit, meskipun penyanyi yang popular dengan lagu Cek Mek Molek itu sedang uzvr namun masih ceria dan semangat melayan tetamu.

“seb4k sayu hati rasa baru ziarah Datuk M Daud Kilau dan datin di Bagan Dato. Walau uzur beliau masih senyum ceria semangat melayan tetamu.

“Sedap laksa. Beliau berdoa bersama-sama tadi. Lemah lembut orangnya. Tak bagi kami balik kalau tak makan. Semua kru kena makan..saya suap beliau. Katanya kali pertama ni kena suap dengan ustaz,” ceritanya.

Ebit berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu, Ebit memuat naik rakaman video sewaktu melawat M Daud Kilau.

Selain itu, Ebit yang turut memberikan sumbangan kepada M Daud Kilau. Dia juga teruja apabila Raja Gelek itu sempat menyanyikan sebuah lagu.

“Alhamdulillah saya berkongsi sedikit hadiah dengannya. Ulang-ulang cakap terima kaseh. Dan banyak sangat ni. Tak nak ustaz susahkan ustaz.

“Apalah sangat dengan hadiah berbanding doa dari yang baik dan mulia. Doakan saya yer. Doakan supaya Dato M Daud Kilau sihat dan diberi kekuatan umur panjang memberi manfaat untuk ummah dan ibadah.

“Tadi beliau sempat menyanyi bersama. Macam dengar dekat radio lagi. Sedap suara,” katanya lagi.

Sebelum ini media melaporkan kesihatan terbaharu M Daud Kilau yang uzur dan memerlvk4n kerusi roda untuk memudahkan pergerakan sehari hariannya.

Penyanyi berusia 82 tahun itu dipercayai mengid4p beberapa jenis peny4kit termasuk kenc1ng manis dan d4rah tinggi.

 

View this post on Instagram

 

Sebak sayu hati rasa baru ziarah Dato M Daud Kilau dan datin di Bagan Dato. Walau uzur beliau masih senyum ceria semangat melayan tetamu. Sedap laksa. Beliau berdoa bersama-sama tadi. Lemah lembut orangnya. Tak bagi kami balik kalau tak makan. Semua kru kena makan..saya suap beliau. Katanya kali pertama ni kena suap dengan ustaz. Alhamdulillah saya berkongsi sedikit hadiah dengannya. Ulang-ulang cakap terima kaseh. Dan banyak sangat ni. Tak nak ustaz susahkan ustaz. Apalah sangat dengan hadiah berbanding doa dari yang baik dan mulia. Doakan saya yer. Doakan supaya Dato M Daud Kilau sihat dan diberi kekuatan umur panjang memberi manfaat untuk ummah dan ibadah. Tadi beliau sempat menyanyi bersama. Macam dengar dekat radio lagi. Sedap suara.

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber :Gempak

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Walau Uzvr Beliau Masih…”Seb4k, Ebit Lew Ziarah M Daud Kilau"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*