Selepas Selesai PRN Sabah, Wartawan Tak Percaya Positif Covid-19

Wartawan sebuah akhbar tempatan, Azrul Affandi Sobry dilaporkan positif COVID-19 selepas pulang membuat liputan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, baru-baru ini.

Menurut laporan Astro Awani, Azrul dimaklumkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Langat mengenai keputusan ujian saringan COVID-19 pada pukul 7 malam Ahad, sebelum dibawa ke wad Isolasi di Sungai Buloh pada pukul 11.30 malam tadi.

Jelas Azrul, beliau mengalami simptom termasuk batuk dan sakit sendi selepas sehari pulang dari Sabah iaitu pada 30 September lalu.

“Saya menjalani kuarantin di rumah seorang diri. Pagi tadi, doktor membuat ujian tekanan darah, dan tekanan darah saya agak tinggi iaitu sekitar 150.

“Selepas itu, saya akan diminta membuat (imbasan) X-ray, dan akan ditentukan sama ada perlu dipindahkan ke wad (atau sebaliknya),” katanya.

Mengulas lanjut, Azrul yang terkenal dengan jolokan ‘Cikgu COVID’ menyifatkan masih tidak percaya dijangkiti virus tersebut.

“Daripada awal dulu, saya memang setiap hari buat ‘live’ mengenai COVID-19 pada awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac.

“Hari-hari saya buat ‘live’ bercerita fasal COVID-19, data, statistik dan sebagainya. Saya buat ‘live’ tanpa henti selama lebih kurang tiga bulan.

“Jadi, ramai pengikut (Facebook) kenal saya sebagai ‘Cikgu COVID’. Itu yang saya tak percaya tiba-tiba orang yang mengajar fasal COVID-19, akhirnya kita yang kena,” jelasnya sambil mengakui beliau bagaimanapun redha dengan perkara itu.


Jelas Azrul, empat lagi rakan sekerjanya disahkan negatif COVID-19 selepas membuat ujian saringan.
Terdahulu, Azrul memuat naik gambar beliau memakai pelitup muka dan bertopi, memaklumkan berada di wad Isolasi Sungai Buloh.

Beliau dijangka berada di wad tersebut selama 14 hari.

Sehubungan itu, beliau berharap orang ramai mendoakan kesihatannya dan pesakit-pesakit lain di wad tersebut.

Dalam pada itu, Media Prima Berhad dalam satu kenyataan mengesahkan seorang kakitangan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) dijangkiti COVID-19, dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital kerajaan.

Jelas syarikat televisyen swasta itu lagi, pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan KKM, selain telah mengambil langkah-langah pencegahan bagi meminimakan potensi jangkitan kepada kakitangan lain.

Sebelum ini, beberapa ahli politik turut disahkan positif COVID-19 selepas pulang dari Sabah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber :Astro Awani

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Selepas Selesai PRN Sabah, Wartawan Tak Percaya Positif Covid-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*