PKPB Mukim Klang: Surat Pengesahan Majikan Tak Cukup, Rakyat Bekerja Luar Daerah Kena Dapat Kebenaran Polis

Mukim Klang kini berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula tengah malam tadi. Menurut MalaysiaGazette, bagi mana-mana penduduk di mukim itu yang bekerja di luar daerah, tidak memadai bagi mereka sekadar menunjukkan surat pengesahan majikan

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, mereka sebaliknya perlu memohon kebenaran daripada pihak polis sekiranya mahu merentas kawasan sepanjang tempoh 14 hari PKPB dilaksanakan.

Surat kebenaran atau pengesahan bekerja daripada majikan masing-masing tidak memadai untuk memastikan mereka berada di dalam kategori perkhidmatan perlu (essential services).

Surat kebenaran majikan kena ada menunjukkan dia bekerja dengan siapa dan menunjukkan ini dia perkhidmatan perlu atau sebaliknya.”

Kalau nak keluar dia kena dapatkan kebenaran daripada pihak kami dan dapat menunjukkan bukti-bukti mereka bertugas khususnya perkhidmatan perlu.”

Sebanyak dua sekatan jalan raya dan penutupan jalan di Klang akan dilakukan iaitu:

Sekatan jalan raya

  • Bukit Tinggi Klang di Persiaran Pegaga dan Jalan Kim Chuan
  • Taman Sri Andalas Klang membabitkan persimpangan masuk dan keluar Jalan Tun Dr Ismail

Penutupan jalan

  • Jalan Batu Unjur 9
  • Jalan berhadapan Masjid Ar-Rahimiah
  • Jalan Sri Siantan
  • Jalan Sri Siantan 41
  • Jalan Sri Damak 53

Justeru itu, pihak polis akan mendirikan pondok khas berdekatan kawalan pergerakan bagi memudahkan penduduk yang berada dalam lingkungan kawasan sekatan jalan raya membuat permohonan rentas daerah tersebut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber :Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "PKPB Mukim Klang: Surat Pengesahan Majikan Tak Cukup, Rakyat Bekerja Luar Daerah Kena Dapat Kebenaran Polis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*