“Kitorang Dah Move On,..” Keccewa Dengan Pembantu Rumah, Betty Rahmad Dedah Sebabnya

Pelakon dan adik kepada aktres Erma Fatima dan Datin Umie Aida, Betty Rahmad meluahkan rasa k3cewa apabila menyedari pembantu rumahnya lari di kala mereka sekeluarga baru bangun dari tidur.

Menerusi laman sosial Instagram, Betty memuat naik dua keping foto bersama anaknya Ardy Wira tanpa bantuan pembantu rumah yang dikenali sebagai Anim.

Officially maidless. Sedihnya bangun tidur harini pembantu kami dah tiada. Tak sangka. Alasan dia pergi sebab nak balik kampung bulan ni dan kami tak bagi.

“Bukan sengaja tak bagi, dengan Covid yang tengah tervk sekarang ni macam manalah nak balik dan masuk sini balik,” tulis Betty di ruangan kapsyen.

Tambah memilukan apabila pembantu rumahnya mahu pulang mengikut ‘jalan belakang’ iaitu menaiki kapal haram.

Malah, dia dan suami meminta Anim untuk pulang ke kampung Januari tahun depan dengan menaiki kapal terbang memandangkan permit pekerjaannya juga baru diperbaharui.

“Takpelah, pasti ada sesuatu Allah nak tunjuk dan ganti untuk kami. Anim, saya tahu kamu baca ni, terima kasih atas segala pertolongan selama ini dan tiinggalkan kami dengan cara ini. Semoga kamu berbahagia dengan keputusan kamu,” tulis Betty lagi.

 

View this post on Instagram

 

Officially Maidless Sedihnya bangun tidur harini our helper dah takde. Sedih, dissapointed. Tak sangka. The reason why she left because dia nak balik kampung this month and we all tak bagi. Bukan sengaja tak bagi, with this covid yang tengah teruk sekarang macammana lah nak balik & masuk sini balik. Dan dia nak ikut “jalan belakang” naik kapal haram. Lagilah me and husband tak agree. Permit pun baru renew. Kita mintak dia balik January depan bila covid semua ni dah reda so balik dengan selamat naik flight & datang pun naik flight. Bukan secara haram. Takpelah, pasti ada sesuatu Allah nak tunjuk & ganti untuk kami. Anim, saya tau kamu akan baca ni, terima kasih atas segala pertolongan selama ini dan tinggalkan kami dengan cara ini. Semoga kamu bahagia dengan keputusan kamu 😔

A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad) on


Di ruangan komen, Betty menerima banyak sokongan dan kata-kata semangat yang diberikan oleh rakan selebriti dan pengikutnya.

“Ya Allah sabar k @bettyrahmad. Maid memang macam ni. Susah nak percaya walaupun you layan baik, belum tentu dia balas ikhlas baik,” pujuk pelakon Linda Rafar.

“Alahai, kesian Wira. Tabahlah ya mummy. Semoga cepat bertemu penyelesaiannya,” tulis pelakon Nadiya Nisaa.

“Allah, apa kita boleh buat. Mungkin bukan salah maid dia pun, maybe keluarga maid tu rayu suruh balik ke apa. Bukan salah sesiapa pun,” komen seorang wargamaya.

“Awak nampak tenang. Allah beri banyak kesabaran pada awak. It’s okay dear, stay strong. Apa yang boleh dibuat kat rumah tu pelan-pelan, sikit-sikit tak payah nak pening-pening kepala,” kata seorang wargamaya.

“Inilah masalah ibu yang bekerja dan tiada pembantu keesokan harinya. Semoga Wira dan mummy  baik-baik sahaja,” ujar seorang wargamaya lagi.

Sekadar info, Betty mendirikan rumah tangga dengan Ardy Damis, 32, pada Februari 2018.

Hasil perkongsian hidup, pasangan bahagia itu dikurniakan cahaya mata, Ardy Wira pada 19 Januari 2019.

Posting terbaru:

Kitorang dah move on jangan marah-marah..

“Hi guys no worries we’re good inshaAllah.

“Timing je tak berapa ngam sebab tengah busy dekat HQ @bettys_kitchen

“Tapi takpe Alhamdulillah @ardywira_ pun anak yang baik dan senang.

“We can do this 💪

“Kitorang dah move on jangan marah-marah its ok just doakan for us k!

“Lumrah hidup😘 Mummy & Daddy kena buat new schedule la nampaknya lepasni! 😅

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber :Gempak

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Kitorang Dah Move On,..” Keccewa Dengan Pembantu Rumah, Betty Rahmad Dedah Sebabnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*