Jojie Dan Suami Terima Anak Angkat Di Hari Arafah, Tak Sangka Sekarang Dah Besar Menjadi Puteri Yang Comel!

Kalau ada yang masih ingat, MH ada memaparkan kisah mengenai kakak kepada Ratu Rock Malaysia, Ella iaitu Jojie Aminuddin dan suami, Syahrizal Ismail telah mengambil seorang anak angkat perempuan, kira-kira dua tahun lalu.

Mengimbas kembali, gembira tersebut pernah dimaklumkan sendiri Syahrizal kepada MH Online yang ingin memperkenalkan anak angkat mereka yang diberi nama, Maryam Syahrizal.

Menurut Syahrizal, Maryam baru sahaja dilahirkan kira-kira 2 minggu ketika diterima dan dia juga turut memohon doa yang baik-baik buat permata hatinya itu.

“Saya ingin memperkenalkan anak saya dan Jojie, Alhamdulillah baru 2 minggu dilahirkan. Doa yang terbaik ya,” ujarnya kepada MH Online.

Syahrizal berkata lagi, Maryam telah hadir dalam keluarganya pada hari Arafah yang lalu bersamaan hari Khamis malam Jumaat.

“Maryam sampai di rumah kami pada hari Arafah, Khamis malam Jumaat dan hari merdeka serta Hari Raya Haji. Juga kemenangan Malaysia Sukan Sea,” katanya lagi dengan penuh rasa gembira.

Terdahulu, Jojie pernah hamil pada awal tahun 2016, namun rezeki tidak berpihak kepadanya apabila kandungannya gugur ketika berusia 3 bulan.

Semoga dengan kehadiran Maryam dalam hidup Jojie dan suami dapat menambahkan lagi bahagia dalam keluarga mereka.

Kami di MH Online juga turut mendoakan agar Maryam dapat membesar dengan sihat dan dapat menjadi anak yang solehah buat ibu dan bapanya.

Terkini, Maryam membesar menjadi seorang anak yang comel.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber :Instagram Yang Mariam via MH

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Jojie Dan Suami Terima Anak Angkat Di Hari Arafah, Tak Sangka Sekarang Dah Besar Menjadi Puteri Yang Comel!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*