Tak Pvas H@ti! Sharifah Zarina Dan Anak Meng4muk Gara2 Restoran Terkenal Ini Tak Profesional

Penyanyi Langit Ketujuh Sharifah Zarina dan anaknya Athalia Deena Buswani, sekali lagi menjadi perhatian warganet apabila video mereka meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sebuah restoran tular di laman sosial Twitter.

Menerusi video yang dimuat di Intagaram dan Tik Tok tersebut, Sharifah Zarina dan Athalia mempersoalkan tentang profesionalisme kakitangan restoran yang terletak di Petaling Jaya tersebut terhadap mereka.

Difahamkan, Zarina dan ahli keluarga ke restoran tersebut kerana mahu menyambut majlis hari lahir Athalia.

Bagaimanapun sebaik sahaja mereka duduk, pelayan restoran memberitahu mereka hanya ada 15 minit untuk membuat pesanan kerana premis tersebut akan ditutup untuk sebuah majlis.

“Pukul 4.15 petang tiba-tiba mereka kata tempat ini ada event! Aku peduli apa event apa korang? Kau bagitahu kat mana? Letaklah besar-besar kat luar sana…Ataupun tak payah masukkan aku kat dalam list!

“Tadi aku kat depan tu que apasal  kau bawak aku masuk juga dalam ni. Tau pun kita datang ramai kan?,” luah Zarina yang terpaksa mencari lokasi lain untuk meraikan majlis hari lahir anak sulungnya itu.

Sementara itu Athalia menerusi sebuah video, mendakwa dirinya dimalukan di restoran terbabit.

“Kami dah duduk kat meja tu, tak tahu berapa lama…Mereka dah bagi menu, suruh scan dan order. Tak ada orang pun bagitahu yang tempat tu nak tutup sebab ada event.

“Kalau mereka bagitahu lebih awal sebelum kami masuk, kami boleh ‘blah’ pergi tempat lain,” katanya beng4ng.

Athalia dan Zarina juga mendakwa pemilik restoran memohon maaf diruangan komen IG serta menawarkan mereka dua keping kupon bernilai RM50.

Video tersebut telah ditonton lebih 450 ribu kali di Twitter dan diulang kicau hampir 5,000 pengguna laman sosial tersebut.

Sementara itu di ruangan komen, warga Twitter mula mengecam tindakan Zarina dan Athalia dan mendakwa pemilik restoran sudah membuat pemberitahuan menerusi laman sosial mereka.

Terdahulu Zarina dan Athalia menjadi tular selepas anak sulungnya itu dituduh mempunyai hubungan cinta dengan pelakon dan penyanyi Alvin Chong.

Pemilik Restoran Cari Peguam Untuk Fi1tnah Yang Didakwa Sharifah Zarina & Athalia

Pemilik restoran makanan pokok.kl, Christine Bong tampil memberi penjelasan selepas penyanyi Sharifah Zarina dan anak perempuannya, Athalia Deena Buswani mendakwa servis perniagaannya tidak profesional.

Menurut Christine, apa yang didakwa oleh Zarina dan Athalia adalah f1itnah kerana notis penutupan awal kedai sudah dimaklumkan di merata tempat.

Malah, Christine tidak teragak untuk mencari wakil peguam yang ingin mewakilinya bagi tindakan und4ng-und4ng.

“Jadi hari ini pokok.kl yang kita sayangi sedang ‘diserang’ oleh sekumpulan orang yang gagal melihat tanda-tanda penutupan awal kita yang ada di mana-mana.

“Mana-mana peguam mahu mengambil kes fi1tnah ini terhadap personaliti media sosial (Instafamous) bagi pihak kami?” tulisnya di Instagram Stories, semalam.

Sebelum ini, viral video TikTok Athalia meluahkan rasa mar4h dengan restoran tersebut kerana mendakwa tidak wajar dengan layanan yang telah diberikan kerana ia memalukan.

Mereka mendakwa mahu meraikan majlis ulang tahun di restoran tersebut namun setelah menunggu lama baru dimaklumkan lokasi yang dipilih ditutup awal kerana sudah ditempah untuk sebuah event lain.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber :GEMPAK

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Tak Pvas H@ti! Sharifah Zarina Dan Anak Meng4muk Gara2 Restoran Terkenal Ini Tak Profesional"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*