“Tengok IC Baru Tahu Dia Bukan Sambut Usia 90 Tahun…’ Chef Wan Terslah Sambutan Ulang Tahun Umur Che Ani

Hari ini Chef Wan menyambut ulang tahun kelahiran ibunya, Noraini Abdullah atau lebih mesra dipanggil Che Ani yang ke 88 tahun.

Dalam dua entri di Instagram miliknya, Chef Wan mengakui terdapat sedikit kekeliruan apabila dia menyambut hari lahir yang ke 89 tahun pada tahun lalu dan menyangkakan ibunya kini berusia 90 tahun.

“Omg saya kena tengok IC betul-betul dan baru sedar dia bukan berusia 90, tahun ini. Tak tahu kenapa tahun lepas kami menyambut ulang tahun yang ke-89.

“Terlalu banyak sambutan hari jadi sampai saya pun keliru. Emak pun selalu kata dia akan berusia 89 tahun ikut kalendar Cina, mungkin sebab tu saya keliru hinggalah saya tengok IC bertarikh 12 Oktober 1932,” tulis Chef Wan dalam Bahasa Inggeris.

Chef Wan turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menulis ucapan buat sempena hari lahir ibunya itu dan memohon agar semua berdoa ibunya dapat menempuhi cabaran menghadapi kanser buah dada.

“Nak buat macam mana, ini adalah cabaran yang besar untuk dia dalam usianya sekarang dan saya harap dia dapat menghadapinya. Untuk saya, saya cuba menerimanya dengan fikiran yang positif.

“Sesukar mana sekalipun, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Paling penting, jangan sesekali abaikan mereka yang sudah tua, tetapi tunjukkan kasih dan sayang yang tak berbelah bahagi,” tulis Chef Wan lagi.

Tulis Chef Wan, biarpun hatinya luluh menghadapi saat pemergian bekas isterinya akibat kencing manis, tetapi dia juga faham semuanya adalah perancangan Allah.

“Cuma bagaimana pengakhiran kita masing-masing itu yang tidak kita ketahui. Just as we are brought to this world with nothing macam tu lah kita pergi nanti.

“Yang penting bila kita pergi nanti our soul must go and leave with such happiness and relieve for all the wonderful things we have done sesama manusia, amalan kita serta segala kebajikan kita yg sempat kita lakukan di dunia ini seperti apa yang Allah mahukan,” tulis Chef Wan lagi.

 

View this post on Instagram

 

By the way Thank you so much for all your kind wishes on my mom 88th birthday today. Please doa for her journey and challenges with her breast cancer. What to do lah as this is a huge challenge for her at this late age and i do hope this battle would not be a difficult one she has to endured. As for me i have learned also to accept this with a positive mind. As difficult as it might seem but Allah knows what is best for all of us. Most important we should never neglect our elderly but only to shower them with endless love, compassion and enpathy towards the end of their journey. As much as my heart was broken when i had to endured the final journey of my ex wife fighting with her diabetes but i also understand the final destination that Allah has planned for us. Most important we need to be strong and courages to face death as one day all of us too will have to go through the same journey. Cuma bagaimana pengakhiran kita masing2 itu yang tidak kita ketahui. Just as we are brought to this world with nothing mcm tu lah kita pergi nanti. Yg penting bila kita pergi nanti our soul must go and leave with such happiness and relieve for all the wonderful things we have done sesama manusia, amalan kita serta segala kebajikan kita yg sempat kita lakukan di dunia ini seperti apa yang Allah mahukan.

A post shared by chef wan (@_chefwan58) on

Chef Wan atau Datuk Redzuawan Ismail sememangnya dikenali bukan sahaja kerana masakannya, tetapi kisah bagaimana dia menjaga arwah bekas isteri dan juga sentiasa menjaga ibu yang tinggal bersama dengannya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber :Gempak

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Tengok IC Baru Tahu Dia Bukan Sambut Usia 90 Tahun…’ Chef Wan Terslah Sambutan Ulang Tahun Umur Che Ani"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*