Agak mengejutkan apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan sidang media menerusi Facebook ‘live’ bagi menjelaskan beberapa isu yang sedang hangat diperkatakan.
Antaranya adalah berkenaan dakwaan beliau seolah-olah menghindari pihak media bagi menjawab beberapa pertanyaan terutamanya berhubung polItik semasa.
Jawab soalan pihak media
Dalam sidang media tersebut, Muhyiddin menyatakan bahawa beliau bukan sengaja ingin mengelak daripada bertemu media, namun mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada isu besar yang sedang dihadapi negara.
Puji Dr Noor Hisham
Dalam pada itu, beliau juga telah menjawab beberapa soalan berhubung perkembangan Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) termasuk memuji tindakan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam menangani pandemik Covid-19.
Ucap takziah buat ahli keluarga mangsa Covid-19
Pada awal sidang media tersebut, beliau turut mengucapkan takziah buat seluruh ahli keluarga mangsa korban Covid-19 atas kehilangan insan tersayang disebabkan sebelum menjawab soalan-soalan daripada media.
[LANGSUNG] – Sidang Media Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin | 13 Okt 2020@MuhyiddinYassinhttps://t.co/AYWgbTq4w7 pic.twitter.com/1EUWN7OW33
— BERNAMA (@bernamadotcom) October 13, 2020
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS
Sumber : Bernama ,Muhyiddin Yassin
PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Be the first to comment on "Bukan Sengaja Elak Media, Mahu Fokus Isv Negara.” Perdana Menteri"