Alami Masalah Ment4l, Nana Sheme Jumpa Pakar Psikiatri Ketika Usia 12 Tahun – “Saya Berehat Dari Laman Sosial Untuk Rawat Masalah Travma”

SETELAH hampir sebulan menyepikan diri akibat berdepan masalah tek4nan, penyanyi Nana Sheme kini kembali aktif di laman sosial dengan semangat baharu.

Nana berkata, tempoh tersebut digunakan sebaiknya untuk memperbaiki diri dan hubungannya bersama keluarga serta orang sekeliling.

“Sejujurnya, itu keputusan yang terbaik saya pernah buat untuk diri sendiri.

“Dalam proses berehat dari media sosial tu, saya lebih banyak berinteraksi dengan orang-orang di sekeliling dan memperbaiki hubungan yang selama ini ditinggalkan,” katanya.

 

Nana syukur dapat luang lebih banyak masa dengan keluarga tanpa media sosial.

Nana atau nama sebenarnya Nur Nabilah Hashimi, 25, turut menyedari keadaan kesihatan ment4l yang dialami juga bertambah baik sepanjang proses tersebut.

Penyanyi lagu Hantv Atau Buaya ini juga berkata dia sudah kembali ceria dan kurang berasa tertek4n.

“Alhamdulillah, dalam masa yang sama, saya sedar ada banyak perubahan dari segi kesihatan mental yang saya alami.

“Orang mungkin tak nampak sebab saya tak tunjuk, tapi saya rasa sangat gembira dan ia bukan sebab saya nak capai jangkaan peminat mahupun industri,” jelasnya.

Nana tidak lagi tertekan.

Tambah Nana, dia kembali dengan semangat baharu dan enggan lagi memikirkan reaksi netizen.

Nana berkata dia kini lebih teruja untuk menghasilkan lagu-lagu dan video menarik untuk peminat-peminatnya.

“Sekarang ni saya dapat rasa menggunakan aplikasi seperti TikTok mahupun laman sosial sendiri merupakan salah satu cara untuk saya gembirakan diri sendiri daripada asyik fikirkan apa yang orang akan buat untuk jatuhkan saya atau buat saya rasa tertekan.

“Saya rasa lebih bersemangat untuk hasilkan lagu-lagu baru mahupun video-video untuk tontonan peminat selepas berehat dari media sosial,” ujarnya.

Saya memang pernah trauma ketika kanak-kanak.

NANA SHEME

PENYANYI

Bagaimanapun, Nana akui keputusannya untuk berehat dari laman sosial bukan disebabkan tekanan dari peminat dan industri semata-mata.

Malah, penyanyi ini memberitahu pernah berjumpa pakar psikiatri berikutan travma yang dialami ketika berumur 12 tahun.

“Sebenarnya, pada usia 12 tahun saya pernah berdepan dengan masalah travma dan berjumpa pakar psikiatri.

Nana berehat dari laman sosial pada Mei lalu.

“Jadi, apa yang saya buat ni bukan semata-mata kerana nak jauhkan diri dari industri tapi merawat masalah travma yang saya hadapi.

“Saya bukan mangs4 tapi sebagai seorang pejuang atau survivor,” katanya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Alami Masalah Ment4l, Nana Sheme Jumpa Pakar Psikiatri Ketika Usia 12 Tahun – “Saya Berehat Dari Laman Sosial Untuk Rawat Masalah Travma”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*