“Bukan kereta yang dia bagi, tapi amanah” – Pemuda lega tiba-tiba dapat bantuan selepas van bawa jenazah terlibat kemalangan

DALAM duka yang melanda, hadir pula rezeki tidak terduga.

Begitulah kisah penyedia khidmat van jenazah percuma di sekitar Sabah yang dikenali sebagai Yunizam Yusof atau Abam Botak.

Pada Jumaat lalu, dua orang kru terlibat dalam kemalangan sewaktu bergerak pulang setelah menghantar jenazah di Kampung Tambatuon, Kota Belud.

Namun jejaka berusia 32 tahun itu menerima berita gembira pada pagi Ahad apabila seorang individu dari Johor menawarkan sebuah kereta pacuan empat roda untuk digunakan dalam khidmat tersebut pada masa akan datang.

“Masa tu jenazah sudah dihantar dan dikebumikan. Dua kru saya terlibat kemalang4n dengan sebuah kereta, tapi mereka semua ceder4 ringan sahaja.

“Kereta masuk longkang. Tapi pada masa tu saya berada di Sandakan. Saya bergegas ke sana, enam jam perjalanan juga. Kenderaan yang rosak masih berada di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Belud.

Yunizam yang berada dari Sandakan terus ke Kota Belud selepas dimaklumkan akan kejadian itu.

“Tapi dah ada orang tawarkan untuk baiki. Cuma saya perlu beli barang sahaja. Pagi ini pula ada orang dari Johor nak sedekahkan kereta untuk kami,” ujarnya kepada mStar.

Bercerita lanjut mengenai tawaran itu, Yunizam mengakui bersyukur apabila ada pihak yang sudi membantu.

Namun katanya, kenderaan itu dianggap sebagai satu amanah besar untuk dirinya dalam meneruskan kerja-kerja kebajikan di sekitar negeri itu khusus untuk mereka yang memerlukan.

Ada anggota polis tawarkan untuk sambung perjalanan kru saya hantar jenazah pada waktu itu. Tapi mereka maklumkan jenazah sudah dihantar.
“Sekarang masih dalam proses, saya anggap macam satu hikmah. Sebenarnya bukan kereta yang dia bagi, tapi amanah.

“Dia mahu kereta itu dimanfaatkan untuk kebaikan. Jadi tak baik kalau saya tolak. Saya tak boleh berseronok tapi tu adalah amanah,” ujarnya lagi.

Kata Yunizam, dia kini mempunyai lima kenderan yang digunakan untuk mengnatar jenaz4h dan orang sak1t.

Dua kru terlibat hanya mengalami cedera ringan.

Namun, dua sudah berada dalam keadan uzur, satu baru sahaja terlibat dalam kemalang4n dan dua lagi masih boleh digunakan seperti biasa.

Dalam masa sama, Yunizam turut menzahirkan rasa terima kasih buat pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang banyak membantu sewaktu kemalang4n tersebut.

“Ada anggota polis tawarkan untuk sambung perjalanan kru saya hantar jenazah pada waktu itu.

Yunizam menyediakan khidmat penghantaran jenazah percuma di sekitar Sabah.

“Tapi mereka maklumkan jenazah sudah dihantar. Hanya ada kru dalam van itu. Semua saling bantu, terima kasih sangat-sangat,” katanya.

Sebelum ini, Yunizam pernah mendapat liputan mStar atas usaha murninya menjalankan khidmat van jenazah percuma buat warga Sabah.

Malah, banyak kisah duka yang meruntun jiwa turut dikongsikan Yunizam sepanjang dia melakukan kerja kebajikan itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Bukan kereta yang dia bagi, tapi amanah” – Pemuda lega tiba-tiba dapat bantuan selepas van bawa jenazah terlibat kemalangan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*