Raffi Ahmad Menang1s Isteri Bertemu Lelaki Lain, Ini Sebenarnya Yg Terjadi…

PELAKON Nagita Slavina secara tidak sengaja telah membuatkan suaminya yang juga pengacara terkenal Raffi Ahmad menangis gara-gara cembvru melihat isterinya berhubung dan bertemu dengan beberapa lelaki.

Memetik laporan Liputan6, Nagita tidak menyangka Raffi akan berasa cembvru terhadap lelaki lain memandangkan sebelum ini suaminya tidak pernah menunjukkan sikap tersebut.

Raffi beranggapan orang menghubungi Nagita itu adalah lelaki-lelaki yang cuba mendekati isterinya namun ia hanyalah salah faham antara mereka.

Rupa-rupanya tujuan Nagita berhubung dan bertemu dengan beberapa lelaki tersebut secara rahsia kerana ingin memberi kejutan istimewa iaitu hadiah jam tangan berjenama untuk Raffi.

Kejutan tersebut membuatkan Raffi berasa terharu dan terus memeluk isterinya serta mengucapkan terima kasih kerana pemberian hadiah itu.

Raffi dan Nagita mendirikan rumah tangga pada 17 Oktober 2014.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Rafathar Malik Ahmad yang kini berusia lima tahun.

Sebelum Itu Raffi Beri Sokongan Buat Laudya Cynthia Bella

Spekvlasi pergolakan rumah tangga Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran akhirnya terjawab apabila pelakon Indonesia itu mengesahkan bahawa mereka sudah pun bercer4i selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Berita percer4ian pasangan itu ternyata mengejutkan ramai pihak serta rakan artis termasuk bekas kekasih Laudya iaitu pelakon dan pengacara Raffi Ahmad.

Bagaimanapun, Raffi hanya mampu mendoakan yang terbaik dan berharap agar Laudya telah membuat keputusan yang betul dalam kehidupannya. Malah, Raffi turut mengatakan Laudya boleh menghubunginya jika memerlukan apa-apa bantuan.

“Selepas membaca artikel mengenai pencer4ian Laudya, saya hanya mampu berdoa agar keputusan itu adalah yang terbaik untuk dirinya.

“Saya juga mendoakan agar Allah sentiasa melindungi Laudya dan semoga dia memperoleh ketabahan untuk menjalani kehidupan selepas ini, kalau dia perlukan apa-apa, dia boleh hubungi saya,” ujarnya.

Terdahulu,  Laudya memberitahu keputusan untuk berpisah itu telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dan dilakukan secara baik.

Meskipun berdepan dengan pengalaman pahit, Laudya berkata dia reda di atas apa yang berlaku dan menganggap ia sebagai sebuah pelajaran dalam kehidupannya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Pen Merah Dot Com

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

 

Be the first to comment on "Raffi Ahmad Menang1s Isteri Bertemu Lelaki Lain, Ini Sebenarnya Yg Terjadi…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*