“Saya Terima Dengan Redha & Percaya Dengan Rezeki Allah”-Zila Bakarin Akui Tiada Tawaran Berlakon Selepas Bertudung

Ramai yang gembira dan memberi reaksi positif apabila mendengar perkhabarannya sudah pun bertudung, bagaimanapun Zila Bakarin mendedahkan dia tidak lagi diterima berlakon selepas berhijab sejak Februari lalu.

Menurut Zila, rata-rata tawaran yang datang datang mahukan imejnya yang dahulu. Ujarnya apabila diberitahu dirinya sudah bertudung, mereka tidak dapat memberikan tawaran itu kerana tidak sesuai dengan imej terbarunya.

“Sejak saya berhijab februari lalu saya tiada job. Tawaran yang panggil saya berlakon semua mahu imej saya yang dahulu sesuai dengan watak Zila Bakarin dahulu. Seperti yang semua tahu nama Zila Bakarin terkenal dengan watak antag0nis dan pakaiannya.

“Bila saya cakap saya dah pakai tudung, mereka terus minta maaf tidak dapat memberikan tawaran itu kerana watak tersebut tidak sesuai dengan imej baharu saya,” katanya.

Dalam pada itu, Zila berkata dia reda di atas apa ayang berlaku dan tetap bersukur kerana selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), rezekinya dipermudahkan.

“Selepas PKP, alhamdulilah rezeki saya mencurah-curah dan ia datang secara tiba-tiba tanpa diduga,” katanya.

Terdahulu, Zila berkata keputusannya untuk berhijab adalah daripada dirinya sendiri dan tiada paksaaan daripada mana-mana pihak. Zila berkata hatinya terdetik untuk berhijab berlaku secara tiba-tiba.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Rotikaya

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

 

Be the first to comment on "“Saya Terima Dengan Redha & Percaya Dengan Rezeki Allah”-Zila Bakarin Akui Tiada Tawaran Berlakon Selepas Bertudung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*