Kim Jong Un Menangls Ceritakan Kesvkaran Dilalui Korea Utara Tahun Ini

Satu perarakan ketenteraan besar-besaran diadakan di Korea Utara semalam sempena menyambut ulangtahun ke-75 penubuhan Parti Pekerja, yang merupakan parti pemerintah negara itu.

Dalam perarakan tersebut, aset-aset ketenteraan baru Pyongyang turut dipamerkan dan antara yang menjadi tumpuan tentunya peluru berpandu antara benua atau ICBM (intercontinental ballistic missiles) — yang ditayangkan buat kali pertama dalam tempoh dua tahun.

Difahamkan, ia merupakan peluru berpandu terbesar yang pernah dihasilkan di dunia setakat ini.

Tapi sebenarnya ada satu lagi perkara yang menjadi tumpuan ramai pada sambutan tersebut iaitu Pemimpin Tertinggi Korea Utara, Kim Jong Un yang dilihat sedikit beremosi.

Memetik laporan World Today News, pemimpin itu menangis ketika menceritakan kepayahan yang dilalui Korea Utara sepanjang tahun ini.

Dalam ucapannya, Jong Un bertanya “berapa ramai yang menderita dan mampu bertahan ketika melalui detik-detik sukar ketika ini?” sebelum dia mula menitiskan air mata.

Bermula dengan sekatan antarabangsa kerana menjalankan ujian nuklear, Korea Utara turut dilanda pelbagai musibah lain seperti banjir besar dan ribut taufan. Bahkan, republik itu turut tidak terkecuali menerima impak penularan pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, Jong Un menyifatkan tindakan pantas tenteranya dalam menangani penularan COVID-19 sebagai satu tindakan patriotik — dan mendakwa republik itu tidak mencatatkan sebarang kes penularan wabak tersebut sehingga kini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber :Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Kim Jong Un Menangls Ceritakan Kesvkaran Dilalui Korea Utara Tahun Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*